Jumaat, 11 Februari 2011

A N A K M U R I D


Salam ukhuwah...

Setelah 2 tahun bergelar pendidik,hari Selasa yang lepas bersamaan dengan 08012011..pertama kalinya aku bersuara agak tinggi terhadap anak2 muridku..anak-anak murid yang sudah besar,yang sudah boleh diharapkan untuk melakukan kerja tanpa kawalan pensyarah,yang boleh berfikir dengan matang..TAPI sebaliknya yang berlaku...rupa2nya anak-anak murid ini masih lagi tidak menyedari betapa pentingnya ilmu,masih lagi tidak menghargai ilmu yang dicurahkan...perasaan seorang guru itu Tuhan je yang tahu..bercampur baur...sampai terkeluar cerita lama sewaktu aku sendiri menjalani tahun akhir di universiti..pengalaman yang sangat berharga,yang sangat2 berharga..di kiri asid,di kanan buku..dikiri  gas chromatography,di kanan buku..betapa aku sangat menghargai masa waktu semester2 akhir di universiti..sewaktu org lain berehat sewaktu lab food engineering,aku berpeluh mengejar ilmu di fakulti lain..air mata yang mengalir x terkira dah berapa banyaknya..terlalu banyak kerja,stress dengan projek akhir yg terlalu banyak analisis,sampel rosak,tangan melecur..tu belum lagi dengan betapa banyaknya buku aku menelaah untuk dapatkan bahan literature..terasa peritnya kehidupan masa tu..nasib baik waktu tu ade pensyarah yang sentiasa setia menemani..yg xjemu melayan sebarang permasalahan drpd anak muridnya yg sorang ni..Thanx, Doc...Mungkin apa yg aku luahkan pada pelajar tentang kepayahanku sewaktu dulu tidak memberi apa kesan kepada mereka..dan sebenarnya aku x pasti apa yang sebenarnya mereka mahukan..tukar penyelaras?mungkin aku terlalu cerewet dalam penulisan thesis..cerewet tu xbermakna aku kejam..cerewet maknanya aku mahukan yang terbaik daripada mereka kerana anak-anak muridku semua adalah yang TERBAIK..dan aku hanyalah seorang pendidik yang sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak muridku..dan semoga anak-anak muridku akan sentiasa menjadi yang TERBAIK di dunia & di akhirat.. InsyaAllah...dan ketahuilah wahai anak-anak muridku,usaha yang gigih itu,yang tidak kenal erti penat,yang sentiasa bertawakal, akan selalu membuahkan hasil yang sangat manis pada akhirnya...



"Mengajar Pada Yang Sudi, Mendidik Pada Yang Punya Hati"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan