Ahad, 27 Februari 2011

P E R M U D A H K A N L A H ...

salam...

Bertemankan angin sepoi aepoi bahasa dan berdepankan dengan pokok bakau yang kehijauan (boleh ke ayat aku ni?memang xboleh nak tulis novel lerr ni..)..Malam semalam terasa sgt panjang...otak seakan x nak berhenti utk berehat..macam2 yang difikirkan..kenapa usia sebegini selalu dijadikan topik hangat makcik2 dikampung?i m still ok..as long as i m happy with my life..dan sekiranya jawapan itu yg diberikan..nahh,soalan berbalik kepada tuan empunya badan..sampai bila,kak long?ye..sampai bila?nope,i dont know..xtau sampai bila..aku bukanlah terlalu memilih,terlalu mecari kesempurnaan dlm hidup seorang lelaki yang akan bergelar suami..TIDAK..Tapi memilih itu PERLU..kerana dia adalah lelaki yang akan hidup dengan kita sepanjang hayat kita di dunia..bukan macam memilih ikan di pasar..Soal Jodoh adalah ketentuan DIA..DIA dah tetapkan siapa jodoh kita sejak di Loh Mahfuz lagi..bila,dimana,kenapa..itu semua hanya DIA sahaja yang tahu..dan sekiranya jawapan itu diutarakan,ada soalan yg akan menyusul..tapi kita kena berusaha kan? Ye berusaha..sape ckp aku x berusaha?aku berusaha utk menjadi seorg budak perempuan yang baik,yang sangat berhati2,kerana seorang perempuan yg baik ittu akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik,InsyaALlah..Jangan terlalu risau makcik2 di sana,bila dah sampai masanya,bila Allah dah perkenankan doa,InsyaALlah jodoh itu akan dtg juga suatu hari nanti..

Ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yg soleh,yang dpt membimbingku & anak2ku ke jalanMU..yang dpt menjadi imam kpd solatku dan anak2ku, yg dpt menjadi pemimpin yg adil & bertanggungjawab dlm rumahtangga kami dan dpt menjadi cth kepada keluargaku..Ya Allah, sekiranya dia adalah jodoh yang telah Kau tetapkan utkku,yang terbaik utkku di dunia dan di akhirat..dekatkanlah hatinya dengan hatiku dan sekiranya dia bukanlah yang terbaik utkku,Kau tunjukkanlah aku jalan keluarMU, Ya Allah..Hanya kepadaMU aku bermohon dan hanya kepadaMu jualah aku meminta pertolongan..Amin..




Jumaat, 11 Februari 2011

A N A K M U R I D


Salam ukhuwah...

Setelah 2 tahun bergelar pendidik,hari Selasa yang lepas bersamaan dengan 08012011..pertama kalinya aku bersuara agak tinggi terhadap anak2 muridku..anak-anak murid yang sudah besar,yang sudah boleh diharapkan untuk melakukan kerja tanpa kawalan pensyarah,yang boleh berfikir dengan matang..TAPI sebaliknya yang berlaku...rupa2nya anak-anak murid ini masih lagi tidak menyedari betapa pentingnya ilmu,masih lagi tidak menghargai ilmu yang dicurahkan...perasaan seorang guru itu Tuhan je yang tahu..bercampur baur...sampai terkeluar cerita lama sewaktu aku sendiri menjalani tahun akhir di universiti..pengalaman yang sangat berharga,yang sangat2 berharga..di kiri asid,di kanan buku..dikiri  gas chromatography,di kanan buku..betapa aku sangat menghargai masa waktu semester2 akhir di universiti..sewaktu org lain berehat sewaktu lab food engineering,aku berpeluh mengejar ilmu di fakulti lain..air mata yang mengalir x terkira dah berapa banyaknya..terlalu banyak kerja,stress dengan projek akhir yg terlalu banyak analisis,sampel rosak,tangan melecur..tu belum lagi dengan betapa banyaknya buku aku menelaah untuk dapatkan bahan literature..terasa peritnya kehidupan masa tu..nasib baik waktu tu ade pensyarah yang sentiasa setia menemani..yg xjemu melayan sebarang permasalahan drpd anak muridnya yg sorang ni..Thanx, Doc...Mungkin apa yg aku luahkan pada pelajar tentang kepayahanku sewaktu dulu tidak memberi apa kesan kepada mereka..dan sebenarnya aku x pasti apa yang sebenarnya mereka mahukan..tukar penyelaras?mungkin aku terlalu cerewet dalam penulisan thesis..cerewet tu xbermakna aku kejam..cerewet maknanya aku mahukan yang terbaik daripada mereka kerana anak-anak muridku semua adalah yang TERBAIK..dan aku hanyalah seorang pendidik yang sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak muridku..dan semoga anak-anak muridku akan sentiasa menjadi yang TERBAIK di dunia & di akhirat.. InsyaAllah...dan ketahuilah wahai anak-anak muridku,usaha yang gigih itu,yang tidak kenal erti penat,yang sentiasa bertawakal, akan selalu membuahkan hasil yang sangat manis pada akhirnya...



"Mengajar Pada Yang Sudi, Mendidik Pada Yang Punya Hati"