Jumaat, 21 Januari 2011

G U N U N G K I N A B A L U

Salam ukhuwah sekali lagi...

Gunung Kinabalu yang setinggi 4,101 meter membuatkan sesiapa yang berada di bumi Sabah ini teruja untuk berada di puncaknya..Subhanallah..mungkin ianya adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat  dilupakan oleh sesiapa jua yang pernah di atas puncaknya. sekiranya diberi peluang olehNya, teringin diri ini untuk bersama2 menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu..dan keinginan itu bertambah kuat apabila pelajar-pelajar khas dibawah jagaan meminta untuk mendaki gunung bersama penasihat akademik mereka ini lantaran mereka akan menamatkan sijil  hujung semester ini...semoga anak2 ini mendapat sesuatu drpd trip mendaki gunung kinabalu yang menjadi daya tarikan pelancong yang dtg ke bumi Sabah ini..dan semoga hubungan antara pensyarah dan pelajar menjadi lebih baik..dan semoga kertas kerja kami diluluskan..dan sekiranya berjaya,semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang proses pendakian tersebut.. InsyaAllah..

"Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan