Ahad, 23 Januari 2011

F U R T H E R S T U D Y ? ? ? ?


Salam Graduasi...

Further study @ dalam bahasa melayunya adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...mak ai panjangnya makna..hehe..tetiba bersemangat nak further study...mungkin sbb dah buat keputusan untuk menjadi penduduk Sabah for several years..cuma kepala tgh serabut nak buat pilihan..nak tgu scholarship,ntah bila lah plak dptnya..nak further kat ums,mcm x yakin je...cukup ke equipment nak settlekan research..ade ke bidang FATS N OILS kat situ? How bout the supervisors? Are they expertise in deir field? i m so worried bout dat..bila tengok website UMS,yg ada hanya bidang FUNCTIONAL FOODS..i m not interested in dat field..huhu..bila tgk a list of supervisors,x ramai pun yg ada Phd..so how?? tapi kalau x cuba,kita x kan tau..sebelum xde komitment,ada baiknya sambung belajar..x rugi apepun..apa yg perlu dilakukan sekarang adalah solat istikharah...minta petunjuk dr Allah..semoga dipermudahkan jalan tu..insyaAllah..mungkin ada hikmah disebalik sesuatu itu...

"Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu mendatar dan ditaburi bunga, ada kalanya ia disirami dengan darah dan air mata"


Jumaat, 21 Januari 2011

G U N U N G K I N A B A L U

Salam ukhuwah sekali lagi...

Gunung Kinabalu yang setinggi 4,101 meter membuatkan sesiapa yang berada di bumi Sabah ini teruja untuk berada di puncaknya..Subhanallah..mungkin ianya adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat  dilupakan oleh sesiapa jua yang pernah di atas puncaknya. sekiranya diberi peluang olehNya, teringin diri ini untuk bersama2 menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu..dan keinginan itu bertambah kuat apabila pelajar-pelajar khas dibawah jagaan meminta untuk mendaki gunung bersama penasihat akademik mereka ini lantaran mereka akan menamatkan sijil  hujung semester ini...semoga anak2 ini mendapat sesuatu drpd trip mendaki gunung kinabalu yang menjadi daya tarikan pelancong yang dtg ke bumi Sabah ini..dan semoga hubungan antara pensyarah dan pelajar menjadi lebih baik..dan semoga kertas kerja kami diluluskan..dan sekiranya berjaya,semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang proses pendakian tersebut.. InsyaAllah..

"Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya"

Selasa, 18 Januari 2011

C I K G U



Salam ukhuwah...

Xpernah terlintas dalam fikiran untuk menjadi seorang pendidik,seorang pensyarah,seorang cikgu,seorang guru..xpernah terlintas walaupun sekali..tapi inilah kenyataannya..membina karier dalam bidang pendidikan..nun jauh di bumi Sabah..menjadi seorang cikgu bukanlah perkara yang mudah seperti yang diwar2kan selalu..tapi ianya adalah kerjaya yang sangat menyeronokkan. apabila berada dalam dunia pendidikan, misi dan visi yg ada dlm hati hanya satu iaitu untuk MEMBIMBING pelajar..dan perasaan puas tu dtg bila melihat pelajar BERJAYA dalam hidup mereka..

Walau apa pun alasan mengapa terjun ke bidang ini,itu semua x penting..perkara UTAMA ialah apabila kita berikrar dengan diri sendiri hendak menyumbang bakti dan ilmu kepada anak didik..dan semoga Allah permudahkan segala urusanku untuk menjadi seorang PENDIDIK yang berjaya...dan semoga ANAK-ANAK MURIDKU menjadi manusia yang TERBAIK dikalangan yang terbaik di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..

" Pujilah murid kerana anda tidak perlu membayar satu sen pun apabila memberikan pujian"