Isnin, 20 Disember 2010

Kerana Aku WANITA..

Kerana aku wanita...Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
Kerana aku wanita...Ingin disayangi itu fitrah diriku
Kerana aku wanita...Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
Kerana aku wanita...Emosiku selalu mengatasi logik akalku
Kerana aku wanita ....Air mata teman setiaku
Kerana aku wanita.....Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

 
kerana aku wanita ... aku damba pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana aku wanita... Akhlakmu ukuran dimataku
Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
Takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita... Maka peliharalah susunan kata-katamu
Kerana aku mudah terasa
Namun aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

Kerana aku wanita...Peliharalah dirimu dari mencemuhku
Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana aku wanita...Aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
Hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.