Isnin, 13 September 2010

JODOH...

Jodoh itu ketentuan Tuhan.. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 27 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman..
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Jadi..tak usah terlalu risau dengan soal jodoh..tak usah terlalu risau dengan kata2 orang..InsyaAllah,ia akan datang bila Allah menginginkannya..renung-renungkan ;)

Jumaat, 3 September 2010

HYATT REGENCY HOTEL


Salam Ramadhan...

 Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua muslimin & muslimat..

 Kerisauan saya berkenaan dengan penempatan student2 khas saya untuk 
 menjalani Latihan Industri dah makin berkurang...Hanya tinggal berapa 
 orang sahaja yang masih dalam perbincangan pihak industry..Alhamdulillah..
 Terima kasih kepada hotel2 yang sudi memberi peluang kepada mereka2
 ini untuk belajar dan memberi pendedahan kpd alam pekerjaan yang sebenar especially 
 Hyatt Regency Hotel ~ 5 star hotel..
As a teacher,i m so happy for them..Syukran Ya Allah..
Mengajar mereka adalah satu pengalaman yg xmungkin 
dpt dilupakan sampai bila2 pun..Mereka nampak seperti pelajar normal..
tiada perbezaan dr segi fizikal..yg membezakan mereka hanyalah mereka tidak boleh mendengar
dan tidak boleh bercakap..keupayaan mereka to absorb knowledge jg berbeza..
Perbezaan2 inilah yg menjadikan mereka2 ini sangat istimewa di hati saya dan juga pensyarah2 di sini..
Thanx for giving me such a beautiful memories :)

Pesanan untuk hari ini 03092010


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."